Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Tanpa Modal 2018

Ini 5 Kerja Part Time Di Rumah Tanpa Modal 2018

Rahsia Buat Duit Secara Affiliate

Nak Belajar Bagaimana Saya Cari Duit Online ? Rugi Siapa Taknak Belajar..

Siapa Nak Buat Kerja Part Time Di Rumah Tanpa Modal?

Kerja part time di rumah ni ada yang betul dan juga tipu.Nak buat kerja part time di rumah kena ada ilmu dan buat research.Ramai juga orang yang tidak terima bayaran setelah buat kerja part time di rumah.

Saya sendiri pun buat 2 kerja untuk menampung keperluan family.Waktu pejabat saya kerja seperti biasa sebagai kerani,dah balik saya sambung kerja part time di rumah buat bisnes online kecil-kecilan.Memangla penat nak buat macam-macam kerja ni.Tapi demi kelangsungan hidup kita redah jelah.

Sebelum itu,saya nak beritahu awal-awal,yang saya ni bukan guru bisnes atau SIFU.Tujuan saya buat artikel ini pun cuma nak share maklumat jek pada anda semua.

Sebab sekarang ni ramai yang nak buat kerja part time di rumah sahaja,tapi tak tahu nak mula dari mana kan?
Antara kerja part time di rumah yang menguntungkan ialah bisnes online.

Saya rasa anda tahu apa itu bisnes online?
Tak perlu la saya nak Wiki dan paste kan kat sini.:)

kerja part time di rumah tanpa modal

Ini Antara 5 Kerja Part Time Di Rumah Yang Anda Boleh Buat

  • Kerja part time Di Rumah Pasang Barang
  • Bisnes Online
  • Jadi Penulis & Copywriter
  • Jadi Graphic Designer
  • Programmer

1) Kerja Part Time Di Rumah Pasang Barang 

kerja part time di rumah pasang kotak

Kerja dari rumah yang macam ni anda kena hati-hati sikit sebab ramai yang kena tipu.Anda kena cari yang dipercayai.Kalau boleh yang di recommend oleh kawan-kawan.
Dulu, masa zaman sekolah rendah saya ada juga buat pasang kotak di rumah untuk sebuah kilang kotak.1 hari tu dapatla dalam 2-3 ringgit.Oklah,tahun 90an kot.

Tapi, saya buat dengan kawan sekolah.Ayah dia memang kerja di kilang kotak tersebut sebagai driver lori.Jadi duit tu memang confirm dapatla.Tak lah kena tipu.

Sebab itu, kalau anda berminat kerja macam ni anda kena betul-betul siasat latar belakang kilang yang bagi kerja itu.Jangan melalui orang ke-3.Takut anda dah pasang banyak barang tapi duit tak dapat.Yang paling sadis, anda tak tahu mana kilangnya.

Nak kerja pasang barang di rumah ini,saya syorkan anda terus tanya kilang.Pergi kilang tersebut dan deal di sana.Bukan senang nak cari kerja dari rumah yang dipercayai.

2) Kerja Part Time-Bisnes Online

kerja part time di rumah bisnes online

Kalau anda nak buat bisnes online ni,anda kena ada ilmu.Anda kena tahu macam mana nak menjual,ilmu pemasaran,ilmu pengurusan, dan macam-macam lagi.Sekarang ni pula kerajaan dah tetapkan perlu daftar lesen perniagaan di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) walaupun bisnes online.

Bisnes online di Malaysia sekarang ni lebih tertumpu pada Social Media iaitu Facebook,Instagram,Twitter,dan lain-lain.Bisnes online paling popular di Malaysia ialah Dropship & Affiliate.

Kenapa?

Sebab ianya lebih mudah dan kalau anda nak tahu lebih 18 juta pengguna aktif di Malaysia yang menggunakan Facebook setiap bulan.Senang cerita bisnes online di rumah yang menguntungkan banyak menggunakan platform social media.

Jadi muncul la bermacam-macam jenis sifu yang menawarkan pelbagai kursus dan teknik menjual di Facebook.Yang ini pun anda kena hati-hati.Bukan apa,sebelum anda nak belajar apa-apa panduan tu,kaji dulu siapa gurunya.Ramai yang rasa tertipu dengan guru yang menjual panduan mereka secara “hit n run”.Maksudnya lepas jual dia hilang,tiada support disediakan.Akhirnya newbie,terkapai-kapai sendirian.Huhu

 

3)Penulis @ copywriter

kerja part time di rumah copywriter

Kerja jadi penulis ni bukan semua orang boleh buat.Kena ada kemahiran dan bakat.Nampak macam senang kan?Kalau karangan kat sekolah dulu pun hancus lupakanla untuk jadi penulis.Haha 🙂

Saya bergurau jek..Apa-apa nak buat pun yang penting kesungguhan dan minat nak belajar.Kalau ada 2 benda ni InsyaAllah berjaya.Saya dulu mula mendalami dunia online ni pun dah terlambat.Tahun 2016 baru terkedek-kedek.

Masa mula-mula menulis konten dalam facebook tah apa-apa.Tapi saya ingat pesan guru,practice make perfect.So, saya jalan terus tak toleh belakang dah.Kalau toleh belakang tengok balik tulisan dulu memang boleh gelak guling-guling.

Anda boleh cek laman web ini sekiranya berminat nak jadi penulis https://www.fiverr.com/

Pesan guru saya.

“Lebih baik bermula lambat dari tak bermula langsung”

4) Graphic Designer

kerja part time di rumah tanpa modal graphic designer

Kalau anda nak tahu,dalam facebook ramai yang buat duit dengan jadi graphic designer ni.Tapi nak kena ada kemahiran juga.Bukan senang punya kerja.

kalau anda perasan mereka ambil upah untuk design Template,Logo Bisnes,Kad bisnes,Gambar dan macam-macam lagila.

Anda boleh mulakan kerja ini secara part time.Post je di facebook kemahiran yang anda ada.Ramai yang memerlukan khidmat graphic designer ni.Paling penting dia orang nak yang murah.Haha 🙂

Untuk permulaan anda bagila harga yang murah dulu.Bila orang dah tengok hasil kerja anda mesti ada yang cari anda semula.Inilah bisnes service.

5) Programmer

Luas skop kerja programmer ni.Anda boleh ambil upah untuk membuat Website.
Ramai peniaga online sekarang tak tahu macam mana nak buat website.Mereka ada duit,cuma tiada masa nak ambil tahu pasal pembangunan website.

Jadi ini peluang untuk anda menjana duit.Anda boleh ambil upah buat website atau anda ajar cara nak bina website

Kakak sepupu saya seorang programmer di salah satu syarikat US yang bertapak di Malaysia ni.Beliau cuma buat kerja dari rumah sahaja.Gaji 5 angka pulak tu. 🙂

Saya personally lebih suka kerja part time di rumah yang 100% secara online.Sebab tu, saya lebih syorkan pada anda mulakan Bisnes Online.Tapi jika anda nak mula kerja part time di rumah tanpa modal anda boleh cek laman web ini eRezeki.

kerja part time di rumah tanpa modal 2018 dengan erezeki (1)

Saya juga ada kongsikan kegembiraan Kakak Salena Buat Duit Online Secara Affiliate
Baca artikel tu DISINI.

Akhir kata, buatlah pelbagai kerja sekalipun,yang penting kita jangan menipu orang.Duit yang kita guna itu untuk kegunaan keluarga.Buatlah kerja part time mengikut kepakaran dan minat kita.Ada orang yang tak berminat dengan dunia online,ada yang lebih suka buat part time kerja di pasar malam.

Yang penting kerja yang kita buat itu halal.Dulu pun saya buat part time jual burger jek depan rumah.Cuma sekarang ini saya paling suka kerja part time di rumah secara online sahaja.Anda bagaimana?

This Post Has 2 Comments

  1. I wants to work as a graphic designer

Leave a Reply

Close Menu
Close Panel