5 Perkara Penting Sebelum Mula Perniagaan Online

5 Perkara Penting Sebelum Mula Perniagaan Online

Betul Ke Nak Mula Perniagaan Online Ini Mudah ?

Dengan keadaan ekonomi sekarang,makin ramai yang nak mulakan perniagaan online.Tapi ramai yang tak ambil tahu tentang pengurusan perniagaan online.Bila kita tengok orang berjaya dalam perniagaan online,kita sangka ianya mudah.

Untuk pengetahuan anda, perniagaan online ni bukannya mudah seperti yang disangka.Banyak benda yang anda nak kena belajar.Ianya sama seperti perniagaan offline,anda kena tahu pengurusan dalam bisnes.

perniagaan online

Sebelum Anda Nak Mula Bisnes Online,Saya Nak Share 5 Perkara Penting Ini

  1. Kajian Produk – 

    Untuk permulaan anda tidak digalakkan buat produk sendiri.Anda disarankan jual produk orang lain terlebih dahulu.Kiranya anda jadi Ejen la.Walaupun anda modal yang banyak,jangan cuba-cuba nak keluar produk sendiri.Sudah ramai yang menangis di bucu katil akibat produk mereka tak laku.

    Anda perlu memilih “Niche” atau pasaran.dalam bahasa mudahnya, anda perlu kenal dulu anda nak jual apa?contohnya anda nak jual tudung, siapakah golongan sasaran anda?sekiranya anda target golongan sederhana,tudung yang mereka pakai tak sama dengan golongan “berada” yang pentingkan fesyen.Jadi cara jualan juga berbeza.Harga pun tak sama.

    Anda kena buat kajian sebelum memilih niche yang sesuai dengan anda.Tipsnya ialah cari yang anda pakar dan minat dengan niche tersebut.Sebab bila anda mula jual benda yang anda minat,anda akan lebih yakin.Tetapi janganla syok sendiri.

    Maksudnya, carila niche yang laku atau senang nak buat jualan.Lebih mudah niche itu semua orang suka.Sebab kita taknak syok sendri,walaupun kita minat tapi orang lain tak minat pun susah juga nak jual.erniagaan online kajian produk 

    Di dalam Bisnes Online,Anda boleh mulakan kajian tentang produk ini dengan carian di Google search,forum,dan social media.Kalau anda nampak ada iklan lalu di wall fb anda,cuba tengok apa yang dia orang jual.Banyak tak orang bertanya tentang produk tersebut.

    Susah nak buat kajian produk ini sebenarnya,jika tersilap anda akan rugi.Jadi anda perlu mulakan sekarang, cari maklumat secara online sahaja.Sebab apa,kata nak buat duit online mestila kita cari data secara online,barula tepat.

  2. Platform Pemasaran –  

    Ada bermacam-macam platform dalam perniagaan online ni.Antaranya:-

    • Blog/Website
    • E-commerce
    • Facebook For Business
    • Instagram
    • Forum

    Sudah tentu platform yang paling popular sekarang untuk buat bisnes online ialah di Facebook.Sebab dianggarkan lebih 18 juta orang Malaysia aktif di facebook setiap bulan.perniagaan online platform pemasaran 

    Jadi ramaila peniaga-peniaga online dalam tu.So, saingan boleh dikatakan agak sengitla.Ini kerana teknik-teknik beriklan di Facebook(Fb) pun seringkali juga berubah-ubah.Saya yang mula pada tahun 2016 ni pun rasa dah tak terkejar dengan perkembangan dan update Fb ni.Tapi saya tak risau sangatla sebab saya ada join secret group.Apa-apa perkembangan terbaru sifu-sifu akan update disana.

    Dalam bisnes online ni kita kena bina Networking.Sebab tu, kita nak kena join group-group yang ada.Ada yang percuma dan ada yang berbayar.Kalau berbayar pun, apalah sangat dengan nilai ilmu yang kita dapat selain dapat kawan baru.

    Anda boleh tengok detailnya DISINI sekiranya berminat nak tahu lebih lanjut.Ini antara group yang saya suggest anda join.

    Untuk permulaan anda boleh gunakan medium facebook sebagai platform pemasaran perniagaan online anda.Sebab, kosnya murah dan lebih efektif buat masa ini.

    Anda boleh mulakan bisnes online dari rumah sahaja.Jadikan ia kerja sambilan di rumah.Tak perlu la anda nak berhenti kerja sebab nak mula bisnes online.Saya ada tulis artikel berkaitan 7 Cara Mulakan Perniagaan Online Paling Laris Di Sini 

    Semua bisnes perlukan modal,mana ada perniagaan online tanpa modal.Sebelum nak mula perniagaan online anda wajib ada laptop,internet di rumah,belajar teknik menggunakan fbads.Semua ini perlukan modal.Masa anda pun kira modal juga.Bukan ke masa itu emas?

    Platform ke 2 yang paling penting ialah Blog @ Website.Jika anda tahu cara nak bina Blog/Website anda boleh buat kerja dari rumah sahaja.Anda boleh jana income 24 jam secara autopilot.Mesti anda rasa susah kan nak buat website? 🙂

    Tak susah sebenarnya kalau ada orang tunjuk ajar.Yang penting anda ada niat nak belajar.Dengan modal Hosting serendah RM 15 setahun TENGOK SINI,Domain RM 50 setahun anda dah boleh ada 1 Blog/Website anda sendiri.

  3. Jualan – 

    Anda dah buat pemasaran,tapi tak tahu nak close sale.Ini satu lagi masalah.Nak close sale bukannya kerja mudah kalau tiada pengalaman.Lain la kalau dulu anda ada pengalaman jadi salesman/salesgirl.

    Nampak macam benda remeh kan?Ketahuilah dah ramai yang saya baca peniaga online ni runsing sebab PM mereka terima banyak,tapi lepas beritahu harga semuanya krik krik..

    Pelbagai teknik close sale yang anda wajib belajar.Macam mana nak mulakan ayat jualan,cara follow up,simpan data base pelanggan.Semua ni penting kalau anda nak lama dalam bisnes online.perniagaan online jualan 

  4. Daftar Perniagaan – 

    Selepas anda sudah belajar 3 perkara di atas,perkara utama yang anda kena buat sebelum memulakan bisnes online ialah daftar perniagaan dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

    Undang-undang sudah dikeluarkan,sebagai rakyat yang baik kita kena ikutla.Jangan nanti kita disaman oleh KPDNKK.Bisnes baru nak bermula dah melingkup.Lepas tu salahkan kerajaan.:)

    Bukanya mahal pun nak daftar perniagaan.Tak sampai RM 100 pun.Bukannya nak suruh anda buat syarikat Sdn Bhd.Sekarang ni dah mudah,anda boleh daftar secara online sahaja.KLIK SINI perniagaan online wajib daftar

  5. Modal – 

    Sebelum nak mulakan sesuatu perniagaan,anda perlu ada modal.Bezanya dengan bisnes online modal anda takla sampai puluh ribu.Tapi kena ada modal juga.At least, anda perlu ada RM 1000 sebagai modal hangus.

    Kenapa?

    Modal ini untuk anda guna untuk nak buat iklan di FBads,Google Ads dan Kos tahunan Website anda.Ada orang cakap tak payah guna fbads,jual sahaja di profil fb.Memang boleh sebenarnya.Tapi berisiko.Facebook boleh block profil anda bila-bila masa.Takkan anda nak buat berpuluh-puluh profil di facebook?

    Nak berniaga kenala ikut rule dan professional.Kalau nak berniaga main-main bolehla anda buat macam tu.Tapi kalau anda rasa nak berniaga berpanjangan,anda kenala ikut step yang betul.

    Kalau ada modal lebih,carila guru yang boleh bantu anda dalam pelajari teknik pemasaran di social media.Jangan kedekut untuk cari ilmu.Mulai dari sekarang,anda follow la guru-guru bisnes yang terkenal dan dipercayai.Banyak mereka share ilmu percuma di profil Fb mereka.Ambil dan terus praktikkan.perniagaan online modal

Berminat Nak Mula Bisnes Online?

Jika anda berminat nak belajar perniagaan online secara kerja sambilan di rumah,pastikan di rumah anda memiliki laptop/komputer dan internet untuk anda mula.Mungkin anda boleh baca artikel saya berkaitan kerja sambilan di rumah secara online DISINI

Adakah anda sudah bersedia nak mulakan perniagaan online?

Leave a Reply

Close Menu
Close Panel