7 Cara Mula Perniagaan Online Paling Laris

7 Cara Mula Perniagaan Online Paling Laris

Langkah Awal Perniagaan Online Paling Laris

Ternyata perniagaan online paling laris di Malaysia sekarang adalah Dropship & Affiliate dengan menggunakan platform media sosial,blog,dan website.Perniagaan online paling laris tidak semestinya tertakluk pada produk yang trending sahaja.

Untuk memulakan perniagaan online,anda perlu belajar teknik marketing secara online.Ianya bukannya mudah tetapi lebih murah berbanding perniagaan offline.Setiap perniagaan mesti memerlukan modal.Tiada yang percuma.

Ramai yang sangkut bab modal ini.Nak berniaga kalau tiada modal hangus,jangan cuba-cuba berniaga.Tak kiralah perniagaan online ataupun offline.Orang cakap berniaga ni rugi sudah tentu,untung belum pasti.

Perkara Wajib Sebelum Mula Perniagaan Online Paling Laris

Pertama
Sebelum memulakan perniagaan online,anda wajib ada komputer/laptop dan juga talian internet.Kalau tiada salah satu ini,agak susah anda nak mulakan perniagaan online.Jika anda serius nak mulakan perniagaan online,usahakan dulu untuk dapatkan komputer/laptop dan talian internet.

Saya cadangkan guna Unifi,ianya lebih stabil dan laju.Apapun anda boleh rujuk sini antara plan internet di rumah mengikut bajet anda.

Memang boleh anda nak guna internet di kedai mamak atau cybercafe,tetapi ianya akan menyusahkan dan merumitkan anda nak buat kerja.Adalah lebih baik,anda langgan sendiri talian internet di rumah.Suri rumah sepenuh masa pun dah boleh mula kerja sambilan di rumah dengan bisnes online.

Jika nak lebih jimat,anda boleh share dengan jiran-jiran sebelah.Macam saya sendiri share dengan 4 biji rumah.Pakej unifi saya RM 200,jika dibahagi 4,saya cuma perlu bayar rm 50 sahaja.Caranya cuma anda perlu tarik wire dari rumah anda ke rumah yang lain.Dan juga boleh buat penambahan router untuk setiap rumah.Kalau tak pandai,anda cuma perlu share password wifi anda.

perniagaan online paling laris di malaysia

Kedua
Sudah semestinya anda perlu decide nak jual apa?Terdapat 2 kategori produk perniagaan online paling laris iaitu:-

  1. Produk Fizikal-Contohnya : Skincare,Baju,Seluar,Makanan,Tudung dan lain-lain.Maksudnya produk yang boleh dipegang dalam bentuk fizikal.Biasanya kita perlu pos atau cod(cash on delivery) barang tersebut.
  2. Produk Digital-Contohnya : Panduan Video,software,template,ebook,tiket seminar,tool marketing dan macam-macam lagi yang pembeli hanya perlu download dalam bentuk digital.Paling best tak perlu gunakan khidmat pos pun.Semuanya akan diuruskan melalui online sahaja.

Ketiga
Buat research pasal produk yang anda nak jual.Ini yang paling susah sebenarnya,sebab anda nak kena tahu produk tu laku atau tak.Siapa pembelinya,apa kepentingannya,kenapa mereka perlukan produk tersebut dan macam-macam lagi.

Sebenarnya,kalau anda berada di sekitar Lembah Kelang,anda boleh mula cari produk jualan di Plaza GM.Ada dua tempat anda boleh servey.GM Klang dan GM KL.Tak perlu pun anda nak borong barang di china dulu.Validate dulu produk mana yang boleh jual.

Mengikut servey saya sendiri,Plaza GM di KL lebih murah berbanding di Klang.Harga Kacamata Rayban gred A disana KL cuma RM 20/pieces.Kena beli 6 pieces la untuk dapat harga tu.Ini servey pada tahun 2015.Harga jualan pula biasanya RM 40-80.

Dah kenalpasti,anda cari supplier atau jika taknak keluarkan modal anda boleh mulakan sebagai dropship terlebih dahulu.Dropship ni ialah satu konsep perniagaan online yang paling mudah dan tidak memerlukan modal.Paling best anda tak perlu simpan stok pun.

Anda cuma perlu promosikan produk yang anda nak jual,pembeli akan bayar pada anda,kemudian anda bayar pada supplier.Selebihnya supplier akan uruskan proses penghantaran.Paling terkenal sekarang sudah pasti dropship di SHOPIFY 

Kalau di Malaysia sekarang ni yang terkenal ialah di Shopee.Ramai yang berjaya dropship di Shopee.Anda boleh tengok SINI.

Selain dropship,anda juga boleh memulakan perniagaan online anda yang pertama secara affiliate.Konsepnya sama seperti dropship,cuma komisyen jualan lebih tinggi.Apa itu affiliate?

Affiliate ni samala seperti ejen produk.Kita promosikan produk orang lain menggunakan link affiliate yang kita dapat selepas mendaftar dengan Owner produk.Tugas kita hanya promosi link tersebut,selebihnya sekiranya ada jualan melalui link kita tu owner produk akan uruskan selebihnya.Kita cuma perlu komisen di monitor affiliate dashboard.Mudah kan?

Sama seperti Dropship,untuk mendaftar menjadi ejen affiliate selalunya percuma sahaja.Pelbagai produk affiliate boleh di jual.Cuma cara menjual produk affiliate ini agak tricky sikit.Mungkin anda boleh baca sini Bagaimana Buat Duit Online Dengan Affiliate Program

Keempat
Website wajib ada.Samada nak buat secara percuma atau berbayar terpulang pada bajet anda.Macam-macam kita boleh buat duit dengan adanya website.Kalau nak cuba buat website percuma boleh try di wordpress.com & Blogger

Nak terus jual di medium facebook?Boleh tapi jangan harapla nak meroket jualan tu.Sebab banyak pantang larang nak menjual di facebook sekarang.Ramai yang dah kena block pun.Jadi facebook ni kita gunakan untuk tarik trafik sahaja ke blog/website kita.

Selebihnya kita akan create 1 sistem automation.

Tunggu jek dapat notification duit masuk.Heehe

perniagaan online paling laris

Kelima
Email autoresponder.Ini pun ada yang percuma dan berbayar.Anda boleh try dulu yang percuma dengan mail chimp atau sendinblue.Email autoresponder ni nak kene ada untuk jadikan sistem follow up prospek secara auto lebih mudah.

Email marketing ni sangat penting sebenarnya.Kalau yang berbayar tapi murah boleh cek kat SINI.

Keenam
Akaun media sosial.Facebook mesti anda dah ada kan?Buka juga akaun di twitter,instagram,google+,Tumblr,Whatsapp,Telegram dll.Dengan adanya website anda boleh linkkan dengan akaun media sosial anda.

Jadi lebih mudah untuk anda nak dapatkan trafik.

Website anda boleh bina secara percuma dulu di wordpress.com.Untuk permulaan nak mula bisnes online ni,kalau boleh kurangkan kos dalam pembinaan website.Ada yang percuma kita cuba dulu,lepas dah menjana sales baru fikirkan untuk upgrade dan bina website sendiri.

Ketujuh
Pastikan anda sentiasa update ilmu online marketing.Sekarang ni dunia online makin pantas,sebulan tinggal dah macam-macam benda baru keluar.Jangan lokek duit untuk belajar ilmu baru.Kalau tak nanti,anda yang menyesal.

Orang lain dah meroket,anda masih di takuk lama.Sebenarnya,anda boleh mulakan perniagaan online ini secara kerja sambilan di rumah.Yang penting,anda berminat nak belajar.Jangan harapkan anda mula hari ini,esok lusa dah boleh buat duit.

Apa-apa bisnes pun perlukan masa.Kalau sekarang anda sudah ada gaji yang tetap,itulah masa yang sesuai untuk belajar menambah pendapatan secara online.Nanti kalau dah nampak hasil barulah boleh fikirkan next step.Jom baca 3 contoh kerja sambilan di rumah yang menguntungkan secara online.

Susah Juga Nak Mulakan Perniagaan Online Paling Laris ini?

Nak bisnes mana ada yang mudah,kalau mudah sangat tu mesti scam punya.Tak kirala online atau offline,asas bisnes itu sama sahaja.Cuma di online kos nya lebih murah berbanding secara offline.

Tetapi jika anda tak mulakan sekarang,takut anda akan ketinggalan dengan arus semasa.Sekarang ini,perniagaan online paling laris jualannya.

Adakah anda sudah bersedia nak mulakan perniagaan online paling laris anda sendiri?Cuba komen kat bawah apa anda nak buat.

Leave a Reply

Close Menu
Close Panel