Bagaimana Buat Duit Online Dengan Affiliate Program

Bagaimana Buat Duit Online Dengan Affiliate Program

5 Langkah Buat Duit Online Dengan Affiliate Program

Saya lihat ramai yang ingin buat duit online dengan affiliate program, rata-rata menyatakan bahawa mereka tidak tahu ‘di mana’ sebenarnya untuk bermula.Dan sehingga kini masih belum berjaya buat duit online dengan affiliate program walaupun sudah pelbagai teknik marketing yang dilakukan.

Ada di antara mereka yang dah mencuba pelbagai teknik & strategi affiliate, tapi masih keliru mana satu teknik yang benar-benar berkesan?

Ini menyebabkan, 90% daripada mereka sudah berputus asa untuk melakukan bisnes affiliate walaupun sudah ratusan atau ribuan ringgit dihabiskan untuk mempelajari bisnes affiliate ini.Antara 2 sebab utama kepada situasi diatas:-

  1. Info Overloaded

Ini berlaku disebabkan oleh anda terlalu banyak membaca panduan affiliate itu dan ini, tak kiralah yang percuma atau berbayar, Local mahupun International.Sehinggakan otak anda sarat dipenuhi dengan pelbagai cara untuk jana wang affiliate. Tetapi akhirnya anda sendiri tidak tahu di mana sebenarnya untuk bermula? 

Kalaula semudah share link affiliate yang diberikan sudah boleh dapat jualan,sudah tentu sudah ramai yang berjaya.

Jika anda sudah pandai setup iklan dengan Fbads atau Google Ads,itu belum menjamin anda akan berjaya dengan bisnes affiliate.

  1. Lack of Knowledge 

Ini pula faktor yang sebaliknya. Jika faktor pertama di atas adalah disebabkan oleh Info yang terlalu banyak, ini pula berbeza. Langsung takde info! 

Situasi inilah yang seringkali dihadapi oleh kebanyakan orang. Alasannya, malas & nak berjimat! Mereka malas untuk mencari info tambahan melalui carian di internet berkenaan buat duit online dengan affiliate program, manakala ada yang menjadikan alasan semata-mata nak berjimat, jadi mereka tak nak membeli mana-mana panduan tentang affiliate.

Sebenarnya ada banyak lagi faktor lain yang boleh membawa kepada masalah ini,namun jika dikaji ia masih kembali kepada dua faktor diatas.

Buat Duit Online Dengan affiliate program

Anda pula bagaimana? Adakah anda seorang yang tergolong dalam kes Info Overloaded atau Lack of Knowledge? Tepuk dada tanya diri anda  Jika anda adalah salah satu daripada golongan di atas, maka artikel ini adalah untuk anda.

Anda sebenarnya tidak perlu risau, kerana ini adalah perkara biasa yang berlaku, sama seperti ketika saya mula-mula terlibat dengan affiliate sekitar tahun 2016, memang agak blur. Lebih-lebih lagi ketika itu saya masih baru dengan bidang perniagaan internet ini.

Justeru, saya terdetik untuk menghasilkan artikel ini dan berkongsikan pengalaman saya tentang bagaimana sebenarnya langkah terbaik untuk bermula dengan affiliate.

Saya tahu, di luar sana ada pelbagai panduan dan tutorial berkenaan affiliate, namun rata-rata menyediakan terlalu ‘banyak cara’ yang dikatakan efektif sehinggakan orang baru akan menjadi keliru untuk membuat pilihan.

Oleh itu, saya kongsikan teknik buat duit online dengan affiliate program yang terbukti berkesan sehingga berjaya menjana 3 angka komisyen secara konsisten setiap bulan!

5 Langkah Buat Duit Online Dengan Affiliate Program

  1. Langkah 1: 

    Hasilkan report percuma berkaitan topik produk affiliate yang anda ingin promosikan. 

    Anda hanya perlu tulis satu report ringkas di dalam Microsoft Words komputer anda. Report tersebut tidak perlu panjang, cukup sekadar 10 muka surat pun dah ok.

    Jika anda tidak ada IDEA untuk menulis report percuma tersebut, anda boleh gunakan bantuan Google untuk mencari artikel yang bersuaian dengan produk affiliate anda & tulis semula info yang anda peroleh daripada artikel-artikel yang anda baca dalam bentuk gaya bahasa anda sendiri.Ia akan jadi lebih fresh dan unik.

    Setelah siap menulis, convert fail words ke format .pdf. Tadaaa, siap! Anda kini dah memiliki report .pdf yang anda boleh berikan secara percuma untuk tujuan mengumpul targeted prospect kelak.

  2. Langkah 2 : 

    Bina kempen (campaign) khas di Autoresponder anda. buat duit online dengan affiliate program

    Untuk menyebarkan report anda kepada prospek, anda WAJIB memilik sistem autoresponder. Sistem autoresponder inilah yang akan membantu banyak kerja promosi anda kelak.Ia memang terbukti berkesan dan memberi pulangan berlipat kali ganda daripada apa yang anda bayangkan.

    Di dalam sistem autoresponder tersebut, anda perlu membina satu kempen khas berkenaan dengan report percuma yang anda ingin edarkan.Contohnya, jika anda ingin mengedarkan report berkenaan ‘Tips Membaca Al-Quran’ kerana anda ingin mempromosikan produk affiliate yang berkaitan dengan Al-Quran, maka anda boleh namakan kempen tersebut sebagai ‘free_quran’, atau apa sahaja yang bersesuaian dengan cita rasa anda.

    Anda boleh langgan sistem autoresponder di sini

  3. Langkah 3: Siapkan emel-emel follow up buat duit online dengan affiliate program email autoresponder 

    Setelah anda berjaya membina kempen khas di dalam sistem autoresponder anda, anda kini sudah boleh menghasilkan beberapa siri emel follow up untuk anda masukkan di ruangan ‘Follow Up Emails’ di dalam kempen autoresponder anda.

    Emel-emel inilah yang akan membantu anda melakukan follow up secara automatik tanpa perlu anda duduk 24 jam di depan komputer anda untuk menghantar emel! 

  4. Langkah 4: Sediakan ‘opt-in form’ untuk capture maklumat prospek anda 

    Setelah semuanya selesai, anda perlu menyediakan opt-in form untuk anda gunakan bagi mengumpul maklumat prospek anda. Op-in form boleh dihasilkan dengan mudah melalui sistem autoresponder. Hanya klik klik klik, semudah A-B-C buat duit online dengan affiliate program optin form

  5. Langkah 5: Jana Trafik! 

    Ini adalah antara part kritikal yang anda kena kenalpasti untuk lakukan dengan betul.Jika anda gagal membawa Trafik / Pelawat ke website anda, maka anda akan gagal untuk mengumpul prospek dan seterusnya akan gagal untuk hasilkan pendapatan melaluinya.Trafik adalah NYAWA bagi bisnes affiliate anda.

    Bayangkan sahaja, jika anda mempunyai kedai, namun tiada pelawat (trafik) yang datang, bagaimana produk anda boleh terjual?Begitu juga di internet, walau sehebat mana webjualan / website anda, namun jika tiada pelawat (trafik), maka sudah tentu tiada sebarang jualan bakal berlaku.

    Secara keseluruhannya, jika anda berjaya menguasai kelima-lima langkah untuk bermula di atas, saya yakin dan pasti anda akan berjaya menjana pendapatan melalui internet, khususnya dalam bidang pemasaran bisnes affiliate.

Anda Nak Belajar Buat Duit Online Dengan Affiliate Program?

Saya sarankan agar anda rujuk tutorial berbentuk tutorial video online yang dihasilkan oleh sahabat saya, seorang yang sangat berpengalaman luas dalam bidang Affiliate marketing iaitu Tuan Rahman Basri.Beliau telah membuat satu tutorial dalam bentuk video iaitu Affiliate Method Rahman Basri.

Saya ada cerita lebih detail mengenai affiliate program ini di dalam Artikel Ini : 3 Contoh Kerja Sambilan Di Rumah Yang Menguntungkan.

Apa yang anda akan pelajari dalam panduan video tersebut?

  1. Cara Bina Blog Guna WordPress
  2. Teknik Email Marketing Guna Autoresponder
  3. Bina Artikel Jualan
  4. Teknik Advanced Facebook Ads -Bina FB Ads,Duplicate FB Ads,Pixels FB Ads,Retargetting FB Ads
  5. Produk Affiliate Yang Menguntungkan

Tapi sebelum anda nak mula buat duit online dengan affiliate program ini,anda boleh baca dulu 5 Perkara Penting Sebelum Mula Perniagaan Online.Harapan saya,semoga anda berjaya buat duit online dengan affiliate program anda yang pertama selepas ini.

Leave a Reply

Close Menu
Close Panel